Khamis, 9 Oktober 2014

DUNIA MANUSIA

Dunia ini penuh keasyikan,
Meruntun tiap hati untuk menikmatinya,
Tampa sedar mereka tersasar,
Menurut nafsu yang tidak pernah puas.

Dalam indah mahligai dunia,
Pasti ada cerita duka dan kecewa,
Hingga mereka rasa cukup terseksa,
Bagai tiada hari esok untuk mereka.

Dalam ujian dan dugaan,
Mereka mencari Kekuatan,
Bagi mereka inilah jawapan,
Bagi merungkai sejuta kesulitan.

Namun dalam jaga mereka terlupa,
Bahawa manusia itu makhluk yang tiada daya upaya,
Hanya juga ciptaan yang maha Esa,
Yang tidak terlepas dari Silap dan Dosa.

Dalam meranggak mencari harapan,
Tangan ditadah merintih bantuan,
Sungguh tuhan itu maha pemurah dan penyayang,
Walau Dia hanya kita ingati saat memerlukan.

Hari ini selepas segala kesedihan,
Allah melepaskan kita bebas dari lembah kelukaan,
Kita bagai burung yang terbang penuh ketenangan,
Hingga kita kembali terlupa kepada Allah, SANG PEMBERI KETENANGAN.
Allahu, MUHASABAH DIRI :'(